Isnin, 24 Oktober 2016

Guru Pendidikan Khas itu Isteriku #1

Tahun 2015 merupakan tahun dimana umur gua berada pada kedudukan 29 ataupun lebih dikenali dengan nama kedudukan akhir 20'an. Masuk saja tahun 2016, gua akan berubah menjadi seorang lelaki yang telah memasuki alam 30'an atau 3 series macam kereta BMW.

Tahun 2015 gua, seperti tahun tahun sudah, di habiskan dengan sia sia, walaupun agak berlainan sikit sebab gua dah kerja kerajaan. Kerja kerajaan ni, lu orang pun tau kan, mak mak mesti suka kalau anak kerja kerajaan ni. Ye la, nanti mak kita boleh borak dengan kawan dia "ooooo anak aku dah kerja kerajaan tu, jadi pegawai kat Sabah" itu yang mak mak kita nak sebenarnya. Dan lagi satu, bagi mak mak ni, kerja kerajaan ni cerah masa depan. Ada gaji tetap, ada KWSP, ada pencen. Macam macam lah. Sebab tu mak gua suka betul gua jadi pekerja kerajaan agaknya.

Tapi tahun 2015 ni gua rasa dia punya 'pegi' lain macam sikit. Sebab pada hujung tahun hari tu, gua dah berjaya menamatkan zaman bujang gua. Dan gua rasa sangat luar biasa sebab sebenarnya gua tak terfikir pon nak berkahwin.

Kisah kawin gua bermula macam ni lah lebih kurang.

Gua punya mak sepupu ( sepupu bapak gua ) mungkin telah berbincang dengan senyap senyap dengan mak gua. Gua pun kurang pasti bila mereka berdua ni mula berbincang. Lagipun gua tak ambik port sangat pasal perbincangan orang tua ni. Mereka kiranya nak kenen kan gua dengan anak dia tu la kot. Ok lah, panjang pulak nak taip 'mak sepupu' ni. Gua panggil dia Cik Ha. Cik Ha ni ada 3 anak perempuan dan 2 anak lelaki. Yang perempuan sulung, namanya Siti Nasuhah binti Razman. Gua mana pernah jumpa orangnya. Kenal pun tidak, apatah lagi berjumpa.

Tapi sejak kebelakangan awal tahun 2015 tu, mak gua asyik dok cakap pasal Nasuhah ni je. Katanya anak sepupu abah, belajar kat Australia. Mak gua asyik dok suruh gua berkenalan. Siap mak gua stalk FB Cik Ha, nak cari gambar Nasuhah tunjuk kat gua. Tapi time tu gua malas layan sangat pun. Gua iya kan saja.

Sampai satu hari, Cik Ha ni ada mesej gua, bagi nombor telefon anak perempuan sulung dia sambil mengatakan "kenal kenal lah dulu, Cik Ha tak paksa pun". Kat situ lah gua rasa macam gua perlu serius dalam mengejar dan mengecapi alam berumah tangga ni. Gua dengan tenang copy nombor telefon tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Cik Ha. Dalam hati agak berdebar. Kahkah. Mana tak berdebar, tak pernah lagi ada ibu yang bagi nombor telefon anak perempuanya kat gua, suruh gua mengorat. Perghhhh... Lagipun gua dah lama tinggalkan scene mengorat style drama melayu petang petang tu. Dah tua la katakannn...

Tapi gua tak terus mesej, gua bertenang dulu. Gua pikir dulu ayat apa yang gua nak bagi kat dia. Lagipun mengikut cerita mak gua, budak ni ustazah ustazah sikit orangnya. Mana gua boleh mesej sembarangan. Paling kurang mesti gua kena tau jugak sikit sikit pasal agama ni. Nanti nampak sangat gua ni tak ambik port pasal agama pula.

Keesokan harinya, gua pun taip lah satu karangan dalam whatsapp, nak memperkenalkan diri dan mengenali diri beliau je tujuan utama, tapi gua taip tu panjang macam apa. Gua pun lupa dah apa gua mengarut dalam karangan tu. Tapi tunggu punya tunggu, budak tu tak reply pula whatsapp gua. Kecewa pun ada, malu pun ada. Macam kena reject pula rasanya. Kahkahkah.

Selepas beberapa jam masa berlalu, gua pun telah mendapat reply dari whatsapp tersebut. Gua rasa gembira juga, rupanya dia sudi meng reply kan karangan gua tadi.


Start dari situ, bermula lah perkenalan kitorang. Bermulalah babak-babak gua berwasap dengan beliau. Makin hari, makin rancak. Makin hari makin kenal. Sehinggalah pada suatu hari, mak gua ajak pegi rumah dia, entah atas urusan apa. Dan berjumpalah gua dengan beliau, di rumahnya.

Bersambunggg.....

Isnin, 27 Julai 2015

Tahun 2015, gua dah jadi Haris Hakim

Dah lama rupanya gua tak update blog gua ni. Kalau almari, gua rasa dah penuh sarang labah labah. Nasib baik labah labah tak boleh masuk dalam blog buat sarang.

Tahun ni, dah tahun 2015 rupanya. Pejam celik pejam celik, sekejap je setahun. Gua punya skill penulisan pon rasanya dah semakin berkurangan. Maklumlah, sekarang dah tak ada masa sangat nak layan typing ni. Kalau ada pon, typing dalam whatsapp je.

Ok lah, gua belanja sedikit kisah hidup gua dua tiga tahun kebelakangan ni. 

Hari tu gua ada pergi kerja sebagai penjawab talifon kat pejabat MAS, Subang. Pehhh dia punya stress tak boleh cakap. Lu masuk je kerja, duduk, terus ada call masuk. Call pulak kalau setakat tanya khabar gua, takde lah gua kisah sangat. Masalahnya call mesti ada masalah pasal tiket penerbangan. Nak tukar tarikh, nak tukar destinasi, nak tambah makan, nak tambah kerusi roda, nak tambah infant bucket, haishh macam macam masalah gua cakap lu. Tambah lagi stress, yang call bukan dari Malaysia sahaja, seluruh dunia call. Dari Uganda, dari Amerika, dari Nigeria, dari Nepal, hah dari pelbagai jenis orang yang gunakan perkhidmatan MAS. Dah la gua ni bahasa inggeris tak berapa hebat, diorang tambah pulak dengan slank yang macam bahasa perancis. Terus gua rasa nak gigit microfon yang sambung dengan headphone tu. 

Sebulan gua kerja sebagai kastemer serbis kat situ, cukup sebulan. Gua pon terus berhenti. Itu pon dalam sebulan tu, ada lah 2,3 puluh kali jugak gua nak letak jawatan. Kehkehkeh. Mana tak angin, lu pergi kencing pon masa berjalan. Lu pergi hisap rokok pon, masa berjalan. Gua ingat nak berhenti kerja, balik kampung menganggur balik. Tapi Alhamdulillah, tiba tiba member gua offer gua kerja kat company dia, buat event. Gua memang suka event event ni. Gua terus setuju tanpa usul periksa.

Gua pun kerja event, jadi marketing manager terus. Tapi nama je manager, gaji gua ciput je. Tak nak lah gua bagitahu kat sini, nanti lu orang gelak pulak sambil baca ni. Tapi, walau gaji kecik, gua enjoy kerja. Setup stage, setup backline, setup sound system, setup jamming. Gua memang suka kerja macam tu. Kerja yang lalai, mak gua cakap. Betul lah orang kata, kalau mak kita tak suka, takkan tahan lama. Nak dijadikan cerita, rupanya kerja yang gua suka ni, ada masalah antara staf dan bos. Lagipun, bos gua ni membe gua je. Dekat setahun jugak gua kerja event, akhirnya gua ambil langkah drastik, buat surat berhenti kerja, balik rumah kemas baju, start kereta viva gua, terus pulang ke kampung.

Di kampung, ada suatu cerita lain pula. Hari tu masa gua tengah kerja event, ada lah seorang mak sepupu gua tawarkan kerja sebagai ejen insurans. Tapi gua tak layankan sangat. Sedangkan orang insurans call gua pon, gua buat buat telefon rosak, inikan pula gua nak jadi ejen insurans. Tapi kuasa Allah ni hebat. Bila gua kat kampung, menganggur tiada halatuju, gua terus bersetuju untuk jadi ejen insurans. Gua pergi kelas. Gua amek exam 2 kali sebab first time tak lulus, gua bercampur dengan orang orang insurans, tapi yang lagi hebat, grup insurans gua bukan kejar kekayaan semata mata. Mereka juga sangat menitikberatkan soal agama islam dalam kehidupan kerja seharian. 7 bulan gua jadi ejen insurans. Pelbagai orang gua jumpa. Kebanyakannya rasa benda ni takde faedah. Tak apa lah, gua tak paksa. Lu orang dah besar, pikirlah sendiri.

Akhirnya, suatu hari, semasa gua tengah drive nak pergi cari mangsa untuk beli insurans gua, mak gua call.

"hello, dok mano tu? balik la. balik tengok mu buleh surat taware kijo risda ni!!" kata mak gua bersungguh betul. Memang mak gua hepi betul, sampai nak sembelih kambing kalau gua dapat kerja risda ni.

"hah? jolo ko? jawate gapo dio?" gua bertanya sambil memikirkan ini adalah berita baik atau buruk sebenarnya?

Gua pon balik rumah, tengok surat tu. Memang betul, gua dapat tawaran jadi penolong pegawai risda. Tapi dekat Sabah!! Pejabat Risda Sabah!! Gua terus rasa gundah gulana. Mana tak nya, gua sekarang dalam cita cita jadi ejen insurans berjaya. Lagipun, time tu gua memang dah enjoy jadi ejen ni. Mana tak nya, masa kerja flexible, duduk rumah boleh jaga mak ayah gua. Ada kawan kawan yang hebat. Client pon dah bertambah ramai. Tapi dalam masa yang sama, gua tak boleh lawan kehendak mak gua, kehendak mak gua yang mana sangat sangat meng inginkan gua jadi pegawai kerajaan, kerja tetap, gaji tetap, dan yang paling penting mewarisi bapak gua, kerja RISDA. Gua tak mampu melawan, tak mampu berkata tidak. Gua terpaksa terima kerja itu, walau dalam hati, mahu saja gua koyak koyak surat tawaran tu.

Hari ini, 28hb Julai 2015, gua berada dalam bilik gua, di Pejabat RISDA Kota Kinabalu, sebagai Encik Haris Hakim bin Abdul Rahim. Dah dekat 8 bulan gua kerja kat sini rupanya.

Pasti ada hikmahnya.

Rabu, 14 November 2012

Saya, Dungun dan Ibubapa

Salam Maal Hijrah dari saya, seorang pelajar semester 6 jurusan Pengurusan Sistem Pejabat.


Bila tiba saja hari malam, bila tiba saja masa untuk tidur, gua mesti akan membakar lingkaran nyamuk perisa fumakilla. Gua pun tak pasti Malek Noor jadi model untuk perisa apa. Tapi yang pasti, kebanyakan iklan ubat nyamuk akan menggunakan model orang bina badan yang taf lagi badan berketul-ketul. Gua pun tak tau ape kaitan nyamuk dan badan berketul-ketul.

Selesai saja membakar ubat nyamuk dan meletakkan dibawah katil gua, gua akan menutup lampu, seraya terjun ke atas katil. Selepas itu, bermulalah gua punya imaginasi, mengingat kenangan lama, muhasabah diri, merindui awek, memikirkan esaimen dan mengingati kedua ibubapa. Sambil tangan memegang henpon bermain permainan video.

Sebelum gua terlelap, gua pernah terfikir. Bagaimana kehidupan seorang pelajar yang sebenar? Adakah dengan cara bangun pagi, tidak tidur selepas solat subuh, memakan sandwich sebagai breakfast, meminum horlick, pergi ke kuliah, menumpukan sepenuh perhatian dalam kelas, selalu mengangkat tangan bila lecturer bertanya soalan, pergi library selepas kelas, mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan? Gua tidak buat semua itu. Gua bukan pelakon cerekarama. Gua anggap itu semua lakonan dalam drama Kisah Benar saja.

Gua switch fikiran gua.

Gua terfikir, bagaimana kehidupan seorang anak orang miskin, maksud gua, orang yang sangat miskin. Gua bersyukur, walau gua anak orang biasa-biasa, ibubapa gua tak pernah lagi putus semangat untuk mengirim wang setiap bulan. Itu pun tidak cukup, gua terpaksa buat side income lain. Tetapi bukan dengan menjual dadah. Lu sume memang takleh pikir lain ke?

Berbalik kepada perenggan kelima tadi, sesungguhnya makanan kat Dungun ni bukanlah mahal sangat jika nak bandingkan dengan Kelantan, tempat gua menetap. Harganya lebih kurang sama. Tapi, disebabkan gua tinggal kat rumah sewa yang tiada dapur gas, pagi petang siang malam gua perlu makan kat kedai.

Setiap hari, gua rasa lebih kurang RM20++ juga penggunaan duit sebagai seorang pelajar. Tambah-tambah seorang perokok tegar macam gua. Bayangkan:

Makan pagi
Roti cotek telo joget (roti tampal telur bergoyang separuh masak) + teh panas = RM3.50
Makan tengahari
Nasik + lauk ayam + sayur + teh o beng = RM6
Makan petang kedai pendekar
Keropok + goreng pisang + teh o = RM3
Makan malam
Nasik goreng + telur dadar + teh o beng = RM5
Makan asap
Rokok Pall Mall Hijau = RM8.70

Lu tengok sendiri, lu tengok sendiri. Tu pun dah dekat RM25. Gua tau, mesti lu nak cakap, berenti la rokok, selesai masalah. Kawan gua yang tak hisap rokok pun, dia punya habis duit lebih kurang sama je. Apesal? Itu nasib baik gua single, topup tak payah sangat. Dengan duit rumah sewa setiap 5hb, duit bil air, api dan streamyx lagi. Mana gua dapat?

Memang duit gua tak penah cukup. Tambah pula rokok semakin naik harga. Bagi orang-orang kaya, mungkin tak pernah terfikir kot pasal ni. Tapi bagi gua, gua selalu juga fikir. Kalau nak kira, dalam sebulan tu gua perlu habiskan RM750. Gua seorang pelajar, bukan pekerja kerajaan yang bergaji tetap. Dari mana gua cekau duit tu setiap bulan. Gua pun pelik, walaupun jumlah itu jauh lebih bezanya dari pendapatan sebenar bapak gua kirim, tapi gua tetap hidup, dengan mendapat makanan yang cukup, serta rokok yang tak pernah putus.

Gua switch lagi fikiran gua.

Gua pun rasa mengantuk. Begitulah cerita bila gua berada di katil sambil menunggu masa untuk lelap.

Gua harap, ibubapa gua paham, sekarang tahun 2012, semua barang naik harga dan mahal-mahal belaka. Tak sama macam tahun 1960 dulu.

Ahad, 4 November 2012

MASALAH

Gua kat rumah. Baru balik holawest. Perasaan sedikit kacau 2,3 hari ini. Dengan pelbagai cerita kurang enak tentang orang sekeliling gua. Tentang perasaan gua sendiri yang masih tidak tenang sejak 2,3 bulan yang lepas. Tentang masalah kewangan yang agak tidak stabil. Tentang masalah assignment tertangguh yang masih belum selesai. Penat. Serius gua penat.

Tapi, gua kena kuatkan semangat. Life must go on. Mat salleh kata macam tu. Gua try lupakan semuanya. Gua try buat buat gembira. Gua try lepak dan berborak dengan member member gua. Ya, gua berjaya. Tapi cuma sekejap saja. Kalau gua sorang sorang, masalah masalah itu datang menghimpit kembali. Betul, gua percaya orang cakap, masalah mematangkan kita. Tapi gua sudah penat nak matang banyak kali.

Tentang masalah masalah itu semua, sebenarnya bukan masalah yang sangat besar pun. Lagipun, gua rasa, gua boleh je handle semua tu. Gua kena professional.

Ok gua tukar topik, semalam gua pergi kuantan, masuk pertandingan CLASH OF THE BAND anjuran sajimee. Band gua memang kena bawak lagu sajimee. Lirik dia lebih kurang macam ni “Sajimee jenama mee segera, untuk mereka yang bijak sanaaaa” haha. Gua tak tau nak tulis apa sebenarnya.

Gua rasa nak buat gua punya research tapi gua tak reti. Banyak masa gua terluang begitu saja. Tanpa kawan kawan kelas gua, mungkin gua bukan kat Dungun lagi sekarang ni. Mungkin gua sekarang tengah berpeluh, mengerah tenaga empat kerat membanting tulang menjadi buruh, atau nelayan. Mungkin. Terima kasih kepada kawan kawan di Dungun yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Life kat Dungun sekarang dah tak sama macam dulu. Dah tak sama macam semester 3 dulu. Masa gua baru masuk degree hari tu, best gila gua rasa. Kawan kawan, semua sporting, lepak, jamming, macam macam. Sekarang, semuanya dah berubah. Tapi, manusia memang berubah. So, gua tak perlu pertikaikan semua itu. Gua cuma perlu teruskan kehidupan gua sendiri.

Gua tengah dengar radio suria FM online. Rasa macam nak muntah dengar kisah cinta orang. Gua terus terfikir, adakah orang lain juga rasa sama bila dengar kisah cinta gua? Tapi cinta, cinta ni memang untuk romantis dan sweet. Kalau tak romantis, bukan namanya cinta. Jadi gua telan balik muntah gua. Sebab cinta itu memang begitu. 80% lagu lagu Malaysia pon berkaitan cinta. Itu sudah memang lumrah. Kau, aku dan cinta. 3 perkataan tu pasti ada dalam lirik lirik lagu Malaysia.

Tiba tiba gua rasa nak buat sebuah lagu. Untuk seseorang, yang gua sayang, yang gua tengah rindu sekarang ni, yang gua tengah ingat semua kenangan gua ngan dia. Tapi, gua bukan penulis lagu, gua tak tau macam mana nak buat ayat ayat jiwang, nak susun bahasa supaya menjadi sebuah lagu. Kalau suatu hari nanti, gua pandai buat lagu, gua pasti akan guna nama beliau untuk tajuk lagu gua. Dan lirik lagu gua pasti akan buatkan beliau mengalirkan air mata. Tapi, masa tu, mungkin beliau tengah ada sebelah gua, atas katil dalam rumah gua, sebagai isteri gua yang sah, atau beliau ada kat ruang legar, bersama orang lain sebagai suami beliau. Manalah gua tau. Itu semua masa hadapan.

Selepas sebatang rokok habis kat mulut gua, gua pasang lagi sebatang. Sambil menulis blog ini sekarang, gua juga tengah cari idea untuk research gua, sambil dengar suria FM, sambil chat dengan kawan kawan gua kat facebook.

Dalam kepala gua sekarang, ada suatu cerita, yang gua tak berdaya untuk karang. Gua cuma save dalam otak. Kalau gua boleh karang pon, mungkin gua simpan kat hard disk je. Cerita yang tak akan ada penghujungnya gua rasa. Cerita yang tak akan hilang dalam ingatan gua. Tapi mungkin juga akan hilang suatu hari nanti. Gua pon tak tahu. Sekarang dah pukul 2.09 pagi. Gua masih tak boleh tidur. Besok mesti gua liat nak bangun pagi. Dah la kelas pukul 8 pagi.

Sebenarnya, gua sekarang perlukan seorang teman istimewa. Tapi gua pun musykil, untuk apa teman istimewa sebenarnya? Adakah setakat untuk berpegang tangan, atau sms “I love U” sebelum tidur, atau bertanya “hai, awak buat ape, dah tido?” sampai sekarang gua tak tau kenapa semua orang nak ada kekasih hati. Dan gua yang pernah ada kekasih suatu ketika dulu pun, belum mendapat jawapan, mengapa semua orang bercinta. Untuk apa dan bagaimana untuk menggunakan cinta dengan sebaiknya. Yang gua tau, bila dah ada pasangan, hati akan mula merasa bahagia, walaupun kadang kadang terguris dengan benda bodoh yang berlaku antara mereka. Pergaduhan boleh berlaku walau hanya dengan kejadian lambat membalas SMS. Ohh demm, sangat bodoh gua rasa. Walaupun gua pernah lalui semuanya dulu.

Isnin, 29 Ogos 2011

Gerimis Mengundang #3

Tarikh : 25 Ramadhan 2011
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Gua tengah bersiap-siap di rumah sewa. Mengemas semua baju, seluar, selimut, dan sarung bantal. Itu saja yang gua akan bawa pulang ke Tanah Merah. Hari ini last day gua kerja, sebelum hari raya. Lebih kurang pukul 6 petang, gua bertolak pulang, menaiki kereta, keseorangan, di temani lagu-lagu yang telah di transfer ke dalam pendrive. Gua baca doa menaiki kenderaan, dan terus meluncur laju di atas jalan raya.

Sampai di Kuala Terengganu, gua singgah di McD, pandu lalu untuk membeli juadah berbuka. Gua tapau GCB, air berkarbonat dan kentang. Gua berbuka dalam kereta. Dan terus berlalu menuju kampung halaman.
Sampai saja di rumah, gua salam dengan mak gua. Selepas berborak sebentar, mak gua bertanya pasal bekas awek gua. Sepanjang bulan puasa, gua tak pernah pula menelefon ibu beliau. Gua jawab pertanyaan mak gua. “hmm bulan puasa ni tak pernah call mak dia..” mak gua dengan selamba berkata “mungkin dia (bekas awek gua) dah sihat kot sekarang ni..” gua terus capai henset dalam beg gua. Gua dail nombor ibu beliau. Panggilan gua di jawab.

“hello makcik, apa khabar, tengah buat apa??” macam biasa, dalam loghat Kelantan ibunya menjawab selamba “sihat je..ni dalam kereta, baru balik niaga, nora pun ada ni..” gua macam pelik. Sebelum ini, ibunya sudah lama tidak pergi berniaga, sejak beliau jatuh sakit hari tu, sejak enam bulan lepas lebih kurang. Gua bertanya lagi, untuk mendapat kepastian. “hmm, dah boleh pergi niaga?? Bawak nora sekali ke?? Dia dah sihat??” gua bertanya secara direct tanpa koma.

Ibunya semacam sangat teruja menjawab “haa’aa..dia dah sihat macam biasa..alhamdulillah..nak cakap dengan dia??” tanya ibunya. Gua mengiakan sahaja.

“hello..” gua dengar suara beliau, suara yang sudah lebih kurang enam bulan gua tak dengar. “hello, apa khabar?” gua tanya. “khabar baik.” Gua tanya tiga patah, dia jawab dua patah. Gua terkejut. Beliau dah normal. Walaupun terkejut, gua sangat bersyukur pada Tuhan. Kami berborak, tapi dalam nada yang agak serius, mungkin kerana sudah lama tidak berborak, mungkin rasa kekok. Beliau kurang bertanya. Cuma mengharapkan pertanyaan dari gua. Gua tanya dia sihat ke tidak, beliau jawab yang dia tak pernah sakit. Betul tekaan mak gua tadi. Dia dah sihat, normal macam biasa. Masin mulut mak gua.
“besok ada kat rumah tak? Mama saya nak pergi melawat awak..” gua tanya soalan last. Beliau jawab “ada”..
……………………………………………….
Macam biasa, lepas sahur, gua solat subuh, dan terus tidur. Gua bangun dalam pukul 1 setengah kot. Itu pun setelah di bebel oleh mak gua. Kerana sudah lambat untuk ke masjid. Hari ini hari jumaat. Gua orang laki mesti kena pergi solat jumaat. Gua mandi, siap-siap untuk ke masjid. Orang tengah baca khutbah, gua tertidur kejap.

Balik dari masjid, gua balik rumah. Gua siap-siap, ingin pergi ke rumah beliau, seperti yang telah di janjikan semalam. Gua call membe gua, mat. “mat, jom la datang rumah aku, cakap nak ikut pegi melawat nora”. Mat juga adalah kawan kepada beliau.

Sampai rumah beliau, gua biarkan mak gua jalan depan. Gua takut, malu dan nerves. Selepas di pelawa oleh ibunya, yang sudah menanti di pintu rumah, kami bertiga masuk. Dan beliau seperti enam bulan lepas. Normal. Mekap. Berpakaian lengkap. Menutup aurat. Dan senyum. Gua balas senyuman itu, tapi senyuman gua tidak indah, sebab gua buat-buat. Gua duduk. Senyap. Beliau duduk sebelah gua. Juga senyap. Gua biarkan mak gua berborak dengan ibunya. Gua masih senyap. Dan beliau juga masih senyap. Sesekali gua melihat muka beliau. 5,6 minit juga kami senyap. Gua mulakan perbualan, dengan nada yang agak kekok.

“apa khabar?” gua tanya..
“sihat..” beliau jawab..

Mak gua rancak berbual dengan ibunya, sesekali memandang kami..
Gua teruskan perbualan. Banyak yang gua tanya. Tetapi semua soalan gua mahu menitiskan air mata. Kerana soalan itu tentang 6 bulan yang lepas. Gua tanya kenapa jadi begitu. Beliau tanya bila masa. Ternyata, beliau sedikit pun tidak ingat tentang situasi yang terjadi bermula enam bulan yang lepas. Beliau tidak tahu kenapa. Mukanya juga agak buntu walaupun sesekali tersenyum.

Tiba-tiba, satu soalan yang agak susah untuk di jawab, keluar dari mulutnya. “hmmm kapel dengan siapa sekarang ni?” gua terkedu. Seminit juga gua berfikir. “hmm tak..tak kapel dengan siapa-siapa..” jawab gua dengan ayat yang tersusun rapi. “kita kapel lagi ke?” lagi dia mahu tanya untuk mendapat kepastian, setelah enam bulan di alam lain, alam yang penuh misteri. Gua terkedu lagi. Terdiam. Dan memang gua tak tau nak jawab macam mana. Soalan ini, gua ambil masa yang agak lama untuk jawab. Dalam fikiran gua, terkenang kembali apa yang terjadi enam bulan yang lalu. Air mata yang gua tahan tadi, nampaknya macam nak mengalir. Gua tahan. Malu dengan mak gua, dan member gua. Gua dongak kepala ke atas, buat-buat tengok kipas. Padahal gua nak suruh air mata gua masuk balik dalam kelopak mata gua.

“hmm kita kan dah putus.. Awak ingat tak yang awak dah mintak putus hari tu..Masa tu 29hb Februari. Awak kol saya malam tu, cakap nak kahwin dengan khairul. Awak nak putuskan hubungan kita. Saya tanya kenapa, awak jawab sebab awak ni perempuan liar, awak orang miskin, tuhan dah makbulkan doa awak nak kawin umur 23, awak cakap saya tak sayang awak lagi, awak tak layak untuk saya. Awak ingat tak? Awak ingat tak?” gua jawab pertanyaan beliau. Sambil air mata gua mengalir. Damn. Mengalir juga akhirnya. Macam mana gua boleh tak perasan ni..

Tapi beliau kental. Air matanya langsung tak tumpah. Tapi gua tahu, dalam hati beliau sedang menangis.
Walaupun tidak secara fizikal. Dengan penuh keyakinan dia jawab “bila masa saya mintak putus? Bila masa kita putus? Saya tak ingat pun..”

Ternyata, selama lebih kurang enam bulan lepas, beliau di alam lain. Mungkin alam jin. Mungkin iblis sudah masuk dan mengawal jasadnya. Mungkin juga beliau lupa ingatan masa tu. Gua percaya, mungkin ini ada kaitan dengan iblis, jin atau apa-apa yang berkaitan dengan makhluk halus. Jika tidak, mana mungkin dia boleh pulih setelah ramadhan menjelang. Setelah masuk bulan ramadhan, pada hari pertama ramadhan, beliau boleh elok sepenuhnya.

Kami berborak lagi. Entah apa lagi yang gua tanya. Gua pun lupa. Beliau pun banyak juga bertanya. Gua jawab, dengan harapan jawapan dan soalan itu dalam bentuk situasi menang-menang.
Sebelum balik, kerana mak gua ingin memasak untuk berbuka puasa, gua sempat bagitau dia “hmm kalau ada jodoh, kita akan jumpa lagi..” mungkin itu kali terakhir gua akan berjumpa dengan beliau. Siapa tahu. Semuanya takdir.

Kitorang masuk kereta. Sebelum masuk tadi, gua sempat senyum yang di buat-buat untuk beliau, yang melihat dari celah-celah tingkap rumahnya. Gua nampak sepasang mata, yang merenung tajam ke arah gua, mata yang sangat sedih, tetapi pandai menyembunyikan kesedihan itu. Gua masuk gear reverse. Kereta gua semakin jauh dari rumah beliau. Tapi gua nampak, mata yang di celah-celah itu tidak berkelip, memandang kami yang semakin jauh, dan terus hilang dari pandangannya. Selamat tinggal.
Cerita ini bukan rekaan. Ia adalah kehidupan. Terimalah. Walaupun jalan ceritanya seperti cerekarama. Bersyukurlah. Kerana dia sudah pulih sepenuhnya. 1769 hari cinta.

Isnin, 8 Ogos 2011

Isnin, 25 Julai 2011

Gerimis Mengundang

Tarikh : 6/4/2011

Masa : 11.40 p.m.

Tempat : dalam bilik rumah sewa dungun

Suatu Pengakhiran

Gua sudah single. Selepas kira-kira 5 tahun gua kenal dia. Serius gua rindu dia.

Ceritanya bermula begini.

Suatu hari, gua bangun dari tidur, dia ada mesej gua – dia mahu berubah. Gua macam pelik sket, tiba-tiba mahu berubah. Tapi dia mahu berubah ke arah kebaikan. Gua ok je. Gua lagi suka. Lagipun buat apa gua nak marah kalau orang nak berubah jadi baik. Cuma yang buat gua pelik, lepas dia belajar kat CIAST shah alam ni, dia tiba2 nak berubah. Dia nak ckp ‘awak saya’ ngan gua sedangkan gua ada panggilan manja untuk dia. Tapi gua tak kisah. Gua jenis yang ‘on’ je. Tapi hari-hari seterusnya, dia mesej gua pun dengan bahasa yang elok je. Contoh mesej dia – ‘apa khabar, dah solat ke belum? Solat lah dengan hati yang ikhlas, sesungguhnya syurga itu wujud’. Masalah sekarang, gua bukan benci, tapi gua memang tau semua tu. So, gua pun tak reti nak reply mesej keislaman macam tu. Bukan bermaksud gua tak tau pasal islam, tapi gua tak pernah mesej keislaman dengan dia. Tapi gua layankan saja perubahan dia, ingatkan biasa-biasa saja. Rupanya melarat.

Sampai suatu malam, yang indah, gua tengah lepak di bistro bersama kawan-kawan gua, tengah bershisha, tiba-tiba saja dia mesej gua, menjemput gua ke majlis pernikahan dia. What the hell is goin on babe?? Gua bertanya, tetapi dalam hati saja. Gua rasa sangat pelik, kerana tiba-tiba saja dia ingin berkahwin. Gua kawal perasaan terkejut gua. Dengan penuh selamba, gua bertanya dengan siapa dia ingin mendirikan rumah tangga. Dan dia dengan penuh konfiden, menjawab “dengan khairul”.. Gua kenal si Khairul ni. Dia pernah bercerita tentang si Khairul ni. Katanya mamat ni minat kat dia, dan mmg suka kat dia, dan suka bagi nasihat kat dia. Wah, pandai kamu mengambil hati perempuan ya..

Gua dengan penuh kerilekan, bertanya lagi – “kenapa nak kawin dengan mamat tu, sedangkan kita dah kapel lebih kurang 5 tahun, tapi tiba-tiba nak kawin dengan orang lain??”. Beliau dengan selamba menjawab –“saya rasa, ini jodoh saya. Tuhan dah makbulkan doa saya. Dari dulu saya berdoa untuk berkahwin umur 23. Dan sekarang umur saya dah 23. Tuhan sudah makbulkan doa saya. Lagipun saya ini perempuan liar, saya orang miskin, saya tak layak untuk awak”.. what the hell lagi sekali.

Sepanjang gua kapel, tak pernah pula gua usulkan isu pangkat dan darjat, taraf hidup mahupun pandangan politik kami. Gua juga tidak pernah memberi sebarang tahap kelayakan untuk seseorang berkasih dengan gua. Kenapa dia timbulkan isu yang boleh di kira tak masuk akal langsung.

Selepas agak lama kami berbincang di telefon, akhirnya gua mengiakan saja kehendak beliau. Setelah 1769 hari bersama, akhirnya hubungan cinta kami kecundang jua pada malam itu. Tapi gua sempat cakap “kita putus cara aman, kahwinlah dengan si mamat itu, moga bahagia”. Dengan perasaan yang agak sedih, perbualan kami berakhir. Gua sambung lepak dengan kawan-kawan gua, tapi dengan perasaan yang sedikit celaru, kerna mahu menyembunyikan babak sedih gua.

……………………………………………………………

Keesokan harinya, bersamaan dengan 1hb mac 2011, gua bangun mcm biasa, dan pergi ke kelas mcm biasa juga. Walaupun dengan keadaan mental gua yang sedikit gundah gulana, gua gagahkan diri ke kelas. Selesai saja kelas, gua seperti rutin harian sebelumnya, akan ke kedai roti canai untuk sarapan pagi. Menikmati roti canai dan teh tarik pada pagi yang indah itu membuatkan gua sedikit terlupa dengan kejadian malam sebelumnya. Tiba-tiba telefon bimbit gua berdering. Mcm biasa, nada dering suspen cerita P. Ramlee menjadi kegemaran. Gua jawab panggilan itu sambil menghirup teh tarik.

Gua terpaku. Adik awek gua yang membuat panggilan. Katanya awek gua sedang meracau di Shah Alam. Sedang meraung-raung bagai di rasuk iblis. Gua berdebar. Mungkinkah sebab gua putuskan hubungan semalam? Gua berterima kasih atas informasi tersebut lantas menamatkan panggilan. Gua terus menelefon mak gua. Dan kemudian menelefon semula adik awek gua. Dan kemudian menelefon ibu saudara mereka di Shah Alam, setelah mendapat nombor telefon dari adiknya.

Memang betol, awek gua sedang meracau dan meraung, gua dengar dalam perbualan bersama ibu saudara beliau. Gua begitu cam suara itu. Suara yang gua selalu dengar selama 5 tahun kebelakangan ini. Gua berdebar. Gua gagahkan diri, meminta ibu saudara beliau memberi laluan kepada kami untuk bercakap. Ibu saudaranya memberi telefon bimbit itu kepada awek gua.

“aku tahu kau kat mana.. baik kau datang jumpa aku… kalau tak, aku akan pergi cari kau kat sana.. aku sudah gila sekarang..” (dalam loghat Kelantan) belum sempat gua berkata apa-apa, itu yang gua dapat dari beliau. Nah, gua bingung. Awek gua yang gua puja selama ini, sudah tidak seperti dulu lagi. Suaranya pun sudah agak berubah. Tidak hormat pada gua lagi, tidak sopan dengan gua lagi. Kerana keadaan kat sana yang agak kelam kabut mungkin, ibu saudaranya memutuskan panggilan.

Gua celaru, gua tertekan. Roti canai dan teh tarik tak dapat gua telan. Tiada rasa semuanya. Gua ajak member gua balik rumah sewa. Gua kawal emosi. Gua kawal jatidiri. Ya, gua tidak mengangis. Gua lepak, hisap rokok sebatang. Kira-kira setengah jam berlalu, ibu saudaranya menelefon gua lagi. Entah apa lagi yang berlaku.

“hello, ni haris kan. Mak cik nak tanya ni, korang berdua ni dah bertunang belum?”. Gua pantas jawab “belum”. Memang betul, gua belum bertunang. Pernah beli cincin, tapi sebagai hadiah hari jadi saja. “hmmm begini haris, dia cakap kamu rogol dia, betul ke??” kata ibu saudaranya. Gua hancur luluh. Gua terduduk. Hati gua meletup. Jiwa gua menggigil. Air mata gua yang gua tahan tadi tumpah akhirnya. Gua baling telefon gua ke dinding. Gua rasa lemah gemalai. Dan akhirnya terbaring di lantai.

Mengapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Sanggup engkau. Sampai hati engkau.

Gua sudah tak ingat apa. Yang gua fikir time tu, gua nak jumpa keluarga. Gua suruh housemate gua hantar gua ke rumah kakak gua kat kerteh. Perjalanan dari dungun ke kerteh bagai di awangan. Gua lupa. Gua takut. Sampai rumah kakak gua, gua baring, dan tertidur.

Di situasi lain, ibu awek gua dalam perjalanan ke Shah Alam, ingin melihat anaknya. Gua terjaga dari tidur, menelefon ibunya, menelefon ibu saudaranya, menelefon adiknya, menelefon sesiapa sahaja yang mengenali diri beliau, untuk bertanya keadaan pada masa itu.

…………………………..

3 hari gua cuti tanpa sijil sakit. Gua tak peduli. Mungkin lecturer gua da agak bengang dengan gua masa tu. Gua peduli apa, dia bukan tau masalah gua sekarang. Nanti gua da ok kang, gua bagitau la elok2 kat dia. Hmm…

Sudah sebulan lebih berlalu. Gua masih trauma dengan tuduhan rogol tersebut. Walaupun kadang-kadang gua terlupa, bila di kelilingi oleh kawan-kawan gua di UiTM Dungun ini, yang memahami jiwa gua, yang suka ajak gua lepak minum, tapi bila gua kesorangan di rumah, mahupun di mana-mana, gua akan termenung, memikirkan balik situasi yang terjadi sebulan yang lepas. Gua cuba muhasabah diri, mungkin tuhan nak uji gua, untuk lebih mengingatiNya. Memang betol, gua mengaku, 2,3 minggu sebelum kejadian tu terjadi, gua alpa, alpa dengan dunia maya, yang seronok, sembahyang pun tidak cukup. Dia sayangkan gua, tak mahu gua semakin lalai, dengan permainan duniawi, yang di pinjamkan olehNya buat sementara. Terima kasih tuhan. Gua mengucapkan syukur dalam hati.

Hari tu, ada sekali, entah berapa haribulan, gua balik rumah Kelantan. Gua mintak izin mak gua, mahu melawat awek gua. Mak gua kasi. Gua pergi machang, rumah beliau, bersama abang gua dan kakak ipar gua. Kami beli goreng pisang dan air kelapa di dalam perjalanan ke rumah beliau. Gua takut sepanjang perjalanan ke rumah beliau, memikirkan apa bakal terjadi setelah sekian lama gua tak jumpa beliau, semenjak beliau start meracau di Shah Alam hari tu. Mungkin beliau akan mengamuk setelah melihat gua, atau beliau ambil pisau dan rodok perut gua. Pelbagai andaian mengarut dan lakonan drama berlegar di minda gua.

Sampai di rumah beliau, gua di sambut oleh ibunya. Gua tengok kiri kanan, awek gua tiada, ok bekas awek gua sebenarnya. Tiada. “dia dalam bilik, makcik dia tengah pakaikan baju, baru lepas mandi”. Ibunya macam sudah tau soalan yang ingin gua kemukakan. 3 minit kemudian, pintu bilik di buka, beliau peluk makciknya, menutup muka beliau, malu, kerana beliau menangis. Makcik beliau memaksa duduk, dan melepaskan beliau. Dengan sopan, tapi penuh air mata di kelopak mata, beliau duduk, merenung abang gua, dan kakak ipar gua, dan terus merenung tajam ke wajah gua. Gua berdebar. Semua terdiam.

Beliau slide bontot, menerpa ke arah gua, dan memeluk erat gua, sambil menangis dan sambil berkata “Pok teh aku!”. Sedih, serius gua sedih. Dalam hati gua menangis lagi. Kesian, melihat keadaannya. Walaupun gua gabra dia sedang memeluk gua, di depan semua orang. Ibunya memberi isyarat tangan, supaya gua biarkan dia peluk gua. Mungkin dia sangat rindukan gua. Dan nasib baik, dia masih kenal gua.

Bersambung kalau gua rajin..

Isnin, 6 Jun 2011

Keluarga Lepak Lewat Pagi

Gua dah lama tak menulis. Rasa malu pulak nak menulis. Haha.

Ada suatu hari, gua pegi jalan jalan kat Kuantan, gua lepak MekDonel TC. Gua nampak satu family. Ada bapak mereka, emak mereka, dan adik beradik mereka. Boleh tahan hot juga emak mereka. Tapi gua bukan nak cerita pasal emak mereka.

Adik beradik diorang semua kecik kecik. Gua agak yang sulung darjah 4. Yang bongsu maybe 2 tahun kot. Mereka semua nampaknya seperti sebuah keluarga bahagia. Ada yang makan burger, ada yang makan bubur, ada yang makan nugget. Yang bongsu tengah kunyah fries dari tadi tak habis habis.

Gua tengok dressing mereka, nampak semua macam mahal. Yang bongsu pun pakai selipar clark. Yang bapak gua tak tengok pulak. Gua agak mereka orang kaya.

Makan, makan, makan. Selesai je makan, anaknya yang sulung mengeluarkan suatu telefon bimbit canggih dari poket. Tekan, tekan, tekan, touch screen, gua rasa iphone. Main game lumba kereta kot, sebab gua tengok dia pegang iphone tu macam stering kereta. Kepala pon dah ke kiri dan ke kanan. Layan lap kot.

Adiknye pon keluarkan iphone dari poket. Sama jugak, main game. Gua agak dia main game sama dengan abangnya. Guna infrared kot. iphone ada infrared ke? Gua tak tau kalau canggih canggih macam ni. Guna tanpa wayar kot. Ayahnya layan rokok kat bucu sana. Emaknya yang hot layan kerenah anak bongsu mereka makan aiskrim.

Budak zaman sekarang memang style. Tapi dah macam hilang saja. Hilang silaturrahim.